Madah Pengenalan

Posted by perfumespalace under
Assalamualikum salam sejahtera kepada kengkawan semua, moga kita semua di bawah naungan rahmat tuhan yang Esa. Alhamdullilah, akhirnya terlahir juga sebuah blog yang diberi nama 'PerfumesPalace' iaitu mahligai wangian untuk kita semua agar dapat terus melangkah dengan yakin sepanjang hari, insyaAllah.

Dikesempatan ini, kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat baik kita yang telah mencetuskan idea serta membantu pembikinan PerfumesPalace sehingga berjaya. Walupun banyak karenah dan masalah yang dibuat oleh kita, sahabat kita tetap sabar menghadapinya.Terima kasih.

PerfumesPalace ini dilahirkan dengan tujuan untuk mempromosi produk wangian yang diyakini halal untuk kegunaan kita semua seharian, insyaAllah. Disamping itu juga, PerfumesPalace juga diharap dapat menjadi satu medium baru kepada para usahawan untuk berbicara hal-hal berkaitan keusahawanan agar ilmu berniaga itu dapat ditambah dan dikongsi oleh kita semua serta dimanfaatkan untuk bersama-sama menuju kejayaan dengan berkat dan izin dari-NYA.

Sebagai penutup bagi madah pengenalan ini, kita percaya PerfumesPalace bukan sahaja akan menjadi satu medan urusniaga, tapi turut menjadi medan untuk penyebaran maklumat yang hebat untuk pengetahuan kita bersama dengan izin-NYA.

Sekian, moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan luar biasa bagus sepanjang hari.
Salam.




1 comments:

On December 18, 2008 at 7:49 AM , Anonymous said...

iyahhh...kita telah mempunyai blog sekarang...tahniah pali(bukan nama sebenar)